Tugas Guru 1 : Mengemaskini folder individu iaitu folder NO 13 - RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Terdapat pelbagai pilihan bagi guru untuk mengemaskini folder Rancangan Pelajaran Harian iaitu

Pilihan 1
- Menggunakan templat e-RPH yang dibekalkan.
- Templat ini menggunakan Google Sheet dan ia adalah templat asas dan boleh diubah mengikut keperluan dan kehendak cikgu.
- Ia akan dinaik taraf menjadi templat automasi di mana, cikgu hanya perlu klik pada subjek tertentu sahaja.

Pilihan 2
- Menggunakan fail MS Word jika pernah membuat e-RPH dalam bentuk fail doc.
- Jika sebelum ini, cikgu pernah membuat RPH yang ditaip dalam MS Word dan disimpan dalam fail (hardcopy), maka ia boleh digunakan untuk tahun depan, di mana hanya perlu upload ke folder No 13 ini sahaja.
- Sekarang boleh edit dan simpan, tidak perlu print lagi.

Pilihan 3
- Menggunakan templat RPH yang telah dibekalkan oleh KPM seperti yang digunapakai oleh Sekolah Amanah.
- Untuk cikgu di Sekolah Amanah, cikgu hanya perlu upload RPH khas yang tersebut ke folder No 13 ini sahaja.
- Sekarang, cikgu boleh edit dan simpan, tidak perlu print lagi.

Pilihan 4
- Menggunakan templat e-RPH automasi yang telah direka oleh guru pakar.
- Jika cikgu sudah menggunakan RPH automasi yang diperolehi daripada rakan guru yang lain, cikgu boleh terus menggunakannya.
- Cikgu hanya perlu upload RPH automasi tersebut ke folder No 13 ini sahaja.
- Sekarang, cikgu boleh edit dan simpan, tidak perlu print lagi.


Share:

1 comment:

Search This Blog

TEAM JU e-RPH TERENGGANU

EN. MOHD AZHAR B. KORDI
KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN

EN. ZAZALI B. MOHAMAD
SEKOLAH SAINS DUNGUN

EN. TARMIZI B. MOHAMED ADNAN
SMK SURA, DUNGUN.

YM. DR. SYED ABI GHUFRAN B. SYED AHMAD AL-IDRUS
SK WAKAF MEMPELAM, K. TERENGGANU

EN. MOHD KHAZAIRILAZLYMY B. RAZALI
SK BUKIT TUMBOH, K. NERUS

EN. MOHD TARMIZI BIN CHE MIN
PKG DURIAN BURONG